Jumaat, 16 Oktober 2015

3:59 PTG - No comments

Keindahan DariNya


Kadang-kadang kita terlalu gembira kerana kita dapat rasa sesuatau yang menggembirakan. Kadang-kadang kita rasa terlalu sedih kerana kita dapat rasa sesuatu yang menyedihkan. Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah orang yang hatinya sentiasa tenang kerana sentiasa mendekatkan dirnya dengan Tuhan. 

"..MashaAllah ain...syukur pd Allah coz da bg ain rasa nikmat hidup berjamaah ni sejak dr usia alam persekolahan. Awak permata umat yg harus digilap demi kebaikan umat. Teruskan melangkah dlm ketaqwaan. Akak2 ni sekadar pemudah cara kalian yg masih lg belajar erti hidup. Sama2 kita saling menguatkan antara satu sama lain. In shaa Allah:).."

Kata-kata dari kak Aisyah, menguatkan lagi semangat aku untuk terus hidup dalam Jamaah. Buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam dari Dr. Fathi Yakan' pernah mengatakan bahawa seseorang itu tidak akan berjaya dalam dakwahnya jika dia tidak mahu hidup dalam kelompok Jamaah. Ya Allah, sungguh hatiku berasa sangat-sangat tenang pabila sentiasa mengingatimu. Engkau menghantar orang-orang yang baik kepadaku. Aku yakin, Engkau sentiasa disisiku untuk membantu aku. Selalu orang kata, jika kita ingin menjadi baik Allah akan menghantar orang yang baik-baik kepada kita. Sungguh Ya Allah, apa yang terkandung Al- Quran itu benar. Sesungguhnya firmanMu itu adalah benar. Terima kasih Ya Allah. Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu atas kurniaan yang Engkau berikan. Alahmadulillah.

NAA, 6.55 AM, 17/10/2015

HIDUP ISLAM | HIDUP BIAR BERJASA



Khamis, 15 Oktober 2015

9:53 PTG - No comments

Nikmat Tuhanmu Manakah Yang Kamu Dustakan


 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat ini adalah petikan dari surah ar-Rahman, yang mana ia diulang-ulang banyak sekali dalam surah tersebut, sehinggakan jika pembaca  mendengar bacaan dari Qari Arab Saudi iaitu Abdul Rahman As-Sudais dan Sa'ud Ash-Shureim sangat menyentuh jiwa kehambaan bagi pendengar dan ma'mum solatnya.

Mari kita lihat sebentar berkaitan ayat ini yang terkandung dalam Surah Ar-Rahmaan. Ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam Al-Qur'an. Mengapa ? Mengapa ayat ini diulang-ulang banyak kali dalam Surah Ar-Rahmaan ? Mari kita lihat Surah ke 31 (Surah Luqmaan) ayat 31. Mari kita buka Al-Quran dan lihat apakah yang terkandung dalam surah itu. 


Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

(Luqmaan : 31) 

Allah menggunakan perkataan dusta bukan ingkar kerana nikmat Allah tidak boleh diingkari tetapi boleh didustakan dan biasa dilakukan oleh manusia. Dusta ialah menyembunyikan kebenaran. 

Kadang-kadang apabila kita berjaya kita mengatakan bahawa itu semua hasil dari titik peluh kita tetapi kita lupa akan kehadiran Allah dalam kejayaan kita. Kita lupa peranan Allah dalam kejayaan kita. Tanpa kita sedar itulah Nikmat Allah yang telah kita dustakan. 

Manusia sebenarnya tahu bahawa mereka telah diberi nikmat oleh Allah tetapi mereka menyembunyikan kebenaran itu. Mereka mendustakan nikmat Allah. 

Adakah kita sedar selama ini ? Mari sama-sama kita muhasabah diri di hari jumat yang penuh keberkatan ini. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mendustakan nikmat Allah. Wallahu A'lam