Khamis, 15 Oktober 2015

9:53 PTG - No comments

Nikmat Tuhanmu Manakah Yang Kamu Dustakan


 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat ini adalah petikan dari surah ar-Rahman, yang mana ia diulang-ulang banyak sekali dalam surah tersebut, sehinggakan jika pembaca  mendengar bacaan dari Qari Arab Saudi iaitu Abdul Rahman As-Sudais dan Sa'ud Ash-Shureim sangat menyentuh jiwa kehambaan bagi pendengar dan ma'mum solatnya.

Mari kita lihat sebentar berkaitan ayat ini yang terkandung dalam Surah Ar-Rahmaan. Ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam Al-Qur'an. Mengapa ? Mengapa ayat ini diulang-ulang banyak kali dalam Surah Ar-Rahmaan ? Mari kita lihat Surah ke 31 (Surah Luqmaan) ayat 31. Mari kita buka Al-Quran dan lihat apakah yang terkandung dalam surah itu. 


Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

(Luqmaan : 31) 

Allah menggunakan perkataan dusta bukan ingkar kerana nikmat Allah tidak boleh diingkari tetapi boleh didustakan dan biasa dilakukan oleh manusia. Dusta ialah menyembunyikan kebenaran. 

Kadang-kadang apabila kita berjaya kita mengatakan bahawa itu semua hasil dari titik peluh kita tetapi kita lupa akan kehadiran Allah dalam kejayaan kita. Kita lupa peranan Allah dalam kejayaan kita. Tanpa kita sedar itulah Nikmat Allah yang telah kita dustakan. 

Manusia sebenarnya tahu bahawa mereka telah diberi nikmat oleh Allah tetapi mereka menyembunyikan kebenaran itu. Mereka mendustakan nikmat Allah. 

Adakah kita sedar selama ini ? Mari sama-sama kita muhasabah diri di hari jumat yang penuh keberkatan ini. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mendustakan nikmat Allah. Wallahu A'lam 

0 ulasan:

Catat Ulasan