"..Kawan-kawan awak tak
bagitau apa-apa ke pada awak ?.."
"..tak ustazah,,"
"..Tu maknanya
kawan-kawan awak tak sayang pada awak ! Saya penatlah nak tunggu awak
je.."
"..sebelum ni saya nak
jumpa ustazah. Tapi ustazah terlibat dalam Teach Smart.."
"..Ehh. Pandai-pandai
awak je. Dah ! semua itu alasan awak je. awak kalau taknak ambil SPM, cakap je.
takpayah susah susah saya nak daftarkan nama awak.."
Buat pertama kalinya, aku
dimarah di hadapan semua ustazah. Kata-katanya itu umpama pisau yang menghiris
hatiku. Aku hanya memprotes dalam diam. Keadaan di bilik itu tetap riuh dengan
senda gurau guru-guru di situ. Setiap kali aku melihat semua ustazahku, terasa
ingin sahaja aku memeluk mereka semua. Mereka semua sudah ku anggap seperti ibu
kandungku. Mulutnya masih lagi membebel. Dia melemparkan tempelak jatuh ke
tunjang jantungku. Diriku terasa lemas pabila berdiri dihadapannya.
"..Amik ni, isi borang
ni. Ishh awak ni. Pergi isi tempat lain sana. Saya tenga panas ni. Awak jangan
tambah lagi kepanasan dalam hati saya.."
Aku terus ambil borang itu
dan aku mengisinya dengan maklumat yang diingininya. Satu persatu aku
membacanya. Bagiku, borang itu amat penting, Borang itu akan menjadi bukti bahawa
aku telah didaftar sebagai calon SPM.
"..awak isi borang itu
guna pen biru ?. Ya Allah. Awak ni kenapa ? Tak nampak ke kawan-kawan awak yang
lain isi guna pen hitam. Ha, tulahh awak. Masa saya buat perjumpaan awak tak
ada. Dahlah, awak keluar sana.."
Mataku tidak sengaja
memandang bekas guru kelasku. Aku terpandang Ustazah Mardhiah sedang
memerhatikan aku. Hatiku berasa sangat malu. Ingin sahaja aku pergi kepadanya
dan memeluknya. Permata putih mula menitis di pipiku. Aku terus keluar dan
meninggalkan bilik guru itu. Kata-katanya sebentar tadi berbekas terus di
hatiku.
Sedang aku berjalan di susur
gajah, aku terserempak dengan kawan setingkatanku. "..Ehh ain. Kenapa kau
ni ? Kenapa kau nangis ?.."
"..Takde apalah. Mata
masuk habuk je tadi.."
"..Jangan tipu aku. Aku
tau kau nangis. Bagitau aku, kenapa ?.."
"..Takde apalah. Aku nak
masuk kelas ni. Dah pukul 10:45 ni. Ustazah khairiyani mesti dah masuk kelas
aku.."
"..Cepat bagitau kenapa
kau nangis ? kalau tak, kau tak boleh masuk kelas.."
"..Ehh ain. Kenapa awak
nangis. Ustazah minta maaf sebab ustazah tak sempat masuk kelas awak. Ustazah
baru kene cerap tadi. Lecturer ustazah datang tadi.." Ujar Ustazah
Khairiyani.
"..Takpe ustazah. Masa
subjek ustazah pun tinggal lima minit je lagi.."
"..Ustazah pergi dulu
ye. Eh dah, jangan nangis.."
Aisyah masih lagi mendesak
aku untuk menceritakan apa sebabnya aku menangis. Aku menceritakan sahaja
perkara sebenar kepadanya.
"..Kau diam-diam jelahh.
Benda kecik je tu. Aku tak kisah la. Aku memang macam ni. Hati aku cepat
tersentuh. Mudah menitiskan air mata.."
"..kau sabar je eahh.
Aku tau kau kuat. Kau selalu nasihat aku. Aku pun dah masak dah dengan teacher
Nadia. Biar jelahh. Dia sayang kau. Sebab tu dia marah. Kau tak bagitau kenapa
kau tak ada masa perjumpaaan haritu ?.." tanya Aisyah.
"..dah bagitau da. Tapi
dia kata, tu cuma alasan je. Takpelah..Aku tak kisah pun. Perkara dah jadi kan.
Aku yakin selepas ini Allah akan bagi akau rasa nikmat bahagia. Aku masuk kelas
dulu eahh. Byee.."
Aisyah membalas lambaian aku.
Terasa kurang sedidikit bebanan di hati ini. Alhamdulillah. Dapat juga aku
luahkan masalah aku pada seorang kenalanku di sekolah.
Keesokan harinya. Apabila aku
memasuki dalam kelas, aku lihat sekeping kad diatas mejaku. Kad itu tertulis,
"SELAMAT HARI ULANGTAHUN AIN. SAYA DO'AKAN AWAK BERJAYA DUNIA AKHIRAT.
SAYA MOHON MAAF ATAS KEMARAHAN SAYA PADA AWAK SEMALAM. SAYA SAYANG AWAK".
Hatiku terharu membaca kad tersebut.
Setiap bait yang tertulis
dalam kad itu mengingatkan aku pada kejadian semalam. Hatku berbisik, teacher
ke yang bagi aku kad itu ? Tak mungkinlah.
"..Allah selamatkan
kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Ain Aqilah. Allah selamatkan kamu
! Ain ! selamat hari lahir. Aku doakan kau bahagia selalu. Kitorang semua
sayang kau.."
Nyanyian kawan-kawanku itu
mengejutkan aku.
Ya Allah, hati ini tidak
mempu untuk meluahkan kata-kata. Gembira. Terharu. Sedih. Pelbagai perasaan
menyelubungi diriku, Aku terus memeluk semua rakan sekelasku.
"..Terima kasih semua.
Aku gembira sangat, Tak sangka. Hehe.."
"..Alaa, kau kan kawan
kitorang, hari lahir kau takkan kitorang nak biarkan je ann..suprise ni pun
bukan kitorang yang plan. Tapi..."
"..tapi apa farah
?.."
Semua rakan sekelasku
mengalihkan pandangan mereka pada pintu masuk. Teacher Nadia memunculkan
dirinya di hadapan pintu kelas.
Aku terperanjat melihat setubuh manusia itu. Aku terpaku seketika.
"..teacher. Ada apa
teacher ? Borang yang saya isi semalam ada yang salah ke ?.."
"..tak, teacher datang
sebab..."
teacher nadia terus memeluk
tubuhku, Hatiku mula rasa sayu,
"..kalau kau nak tau
ain, teacher la yang plan suprise ni.."
"..Teacher nak minta
maaf sebab marah awak semalam depan guru-guru yang lain. Teacher tak berniat
pun nak marah awak. Tapi, taktaulah kenapa semalan teacher marah awak.."
Air mataku mula menitis di
bahu teacher. Aku rasa sangat malu. Aku rasa sangat gembira. Terasa hari ini
adalah hari yang paling bahagia. Terima Kasih Ya Allah atas pemberian ini.
"..Thank you teacher for
this suprise. Love you so much teacher. Tak sangka teacher buat semua ni untuk
saya. I'm so so sorry teacher. Saya tak mampu nak cakap apa.."
"..Dah dah, jangan
nangis lagi. Jom kita potong kek. Hehe. Kek ni teacher buat khas untuk awak.
Favorite awak kan. Kek coklat.."
"..Ain, jangan solo.
Share share la. Hahahaha.."
Usikan
Fatin itu semakin mengembirakan aku. Gelak tawa kawanku umpama memberi sinar
dalam hidupku. Terima Kasih Kawan. Diri ini akan selalu menyayangi kalian.
Keikhlasan Puncak Persahabatan Kekal.