Rabu, 2 November 2016

5:19 PG - No comments

Kisah (1)

Setiap kali aku nak pergi solat zuhur di surau je, ada sahaja buku sepah-sepah. Buku bersepah di pondok wakaf la, ada buku terselit di celah-celah pokok lah, ada buku tersusun cantik je di papan kenyatan. Amboi adik-adikku sayang sekalian. Akak selalu nampak buku sepah-sepah.Tempat yang sama pula tu, akak dah pernah tegur sekali tu tolonglah ubah. Itu ilmu dik, bukannya sampah ke apa yang adik-adik boleh letak sepah-sepah macam tu. Itu ilmu. Buku yang adik bawa ke sekolah, setiap hari belajar guna buku tu. Akak nak tanya, agak-agak berkat tak ilmu adik-adik kalau adik-adik letak ilmu sepah-sepah. Paling akak geram, pernah satu hari tu, akak nampak buku teks atas lantai. Amboi cik adik oii. Awak ingat semudah-mudahnya penulis mencari idea, mencari ilham untuk menghasilkan satu buku tu untuk adik-adik belajar ? Awak ingat mudah ? Hargailah adik apa yang ada sekarang. Nanti waktu musim exam, mulalah buku sepah-sepah lagi. Nota-nota bersepah atas tanah. Tolonglah dik,, tolong. Tolong ubah tabiat adik-adik tu. Kalau awak nak junior awak ikut kata awak, awak perlu perbetulkan diri awak dulu.

Sabtu, 22 Oktober 2016

7:54 PTG - No comments

Takdir Hidup Aku. Aku Reda.

[ 23102016, Ahad, 10.54 Am ]

Hari ini aku sibuk uruskan sijil peserta. Dia panggil aku, minta aku siapkan cuci baju. Aku kata, "..Ye. Nanti Ain buat.."

Aku terukan dengan tugas aku. Hari ini aku perlu selesaikan. Jam 9, baru aku turn ke bawah. Aku lapar. Aku makan. Selesai makan. aku melihat dapur sangat bersepah, kotor, banyak semut atas meja.

Aku tak suka. Aku tak suka kalau aku duduk di persekitaran yang bersepah, kotor. Aku tak suka. Aku tak selesa. Aku terus bersihkan dapur. Aku kesiankan dia, Setiap hari buat kerja rumah, aku sibuk dengan urusan aku.

Aku terus bersihkan dapur. Seperti selalunya, aku sering dibebel. Dia kata itu, dia kata ini. Aku tak suka jika aku tak dihargai. Aku sakit hati bila orang tak hargai apa yang aku buat. Aku seorang yang agak kasar. Kata-kata aku memang kasar. Aku bercakap dengan orang juga kasar.

Aku taktau kenapa aku seperti itu. Susah. Susah untuk menjadi lemah lembut. Sedangkan aku ni PEREMPUAN. Tiba-tiba satu peperangan mulut berlaku. Dia kata ini, aku kata itu. Dia kata itu, aku kata ini. Aku taktau kenapa aku suka betah keata orang. Ye, itu memang diri aku. Itulah aku. Suka melawan kata orang.

Tapi, aku pelik, Aku taktau kenapa jika di sekolah aku boleh dengar kata ustzaz/ustazah. Tapi jika dirumah ? Aku melawan, sebab aku nak pertahankan diri aku. Aku ingin dihargai. Bukan apa niat aku, aku nak dihargai.

Sedang peperangan mulut berlaku, tiba-tiba aku terdengar dia kata"..Cakap dengan kau memang nak gaduh je.."

Aku balas semula, sebab aku sakit hati. Aku kata "..Ok, lepasni tak perlu cakap dengan Ain. Ain diam je lagi bagus.."

Setelah kejadian itu, aku terus diam. Aku masih lagi dibebel oleh dia. Aku taktau kenapa. Aku taktau apa sebenarnya yang Allah sedang rancangkan untuk kehidupan aku.

Aku sering gaduh dengan dia. Dia pernah kata pada aku,

"..Jadi orang jangan bajet bagus sangat.."

Hati aku sangat sedih bila dia kata begitu. Aku tak sangka, dia boleh kata sebegitu pada aku. Aku bukan apa, aku cuma nasihatkan sikit je. Bukan untuk siapa, untuk aku juga. Untuk dia juga.

Aku nak sama-sama jadi baik. Aku sayang dia, Aku selalu terfikir akan diri aku. Kenapa kau macam ni ? Kenapa aku ni kasar ? Kenapa kakak aku tak seperti aku ? Kenapa ? Kenapa ?

Ya Allah, aku taktau lagi nak kata apa. Aku tau aku berdosa besar padaMu, pada dia. Tapi, apa sebenarnya yang Engkau sedang rancang untuk aku Ya Alah :') Aku ni jahat. Aku ni kejam. Aku ni selalu sakitkan hati orang sekekliling aku. Layakkah aku diberi penghormatan ?

Aku sering gaduh dengan dia hanyak disebabkan kata-kata yang tidak menyenangkan. Aku sedih Ya Allah, Kenapa ku kasar Ya Allah ? :') Kenapa ? Kata-kata aku kasar. Kenapa Ya Allah?

Aku nak jadi lembut Ya Allah. Lemah lembut, sesuai dengan diri aku. Aku bertubung labuh tapi sifat aku kasar Ya Allah. Dia sendiri kata pada aku, "..Cakap dengan aku ni memang rasa nak gaduh je.."

Aku sedih sangat bila dia kata macam tu. Aku sayang dia.

Inilah takdir hidup aku. Aku reda, Terima kasih Ya Allah. Aku reda.

Jumaat, 16 Oktober 2015

3:59 PTG - No comments

Keindahan DariNya


Kadang-kadang kita terlalu gembira kerana kita dapat rasa sesuatau yang menggembirakan. Kadang-kadang kita rasa terlalu sedih kerana kita dapat rasa sesuatu yang menyedihkan. Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah orang yang hatinya sentiasa tenang kerana sentiasa mendekatkan dirnya dengan Tuhan. 

"..MashaAllah ain...syukur pd Allah coz da bg ain rasa nikmat hidup berjamaah ni sejak dr usia alam persekolahan. Awak permata umat yg harus digilap demi kebaikan umat. Teruskan melangkah dlm ketaqwaan. Akak2 ni sekadar pemudah cara kalian yg masih lg belajar erti hidup. Sama2 kita saling menguatkan antara satu sama lain. In shaa Allah:).."

Kata-kata dari kak Aisyah, menguatkan lagi semangat aku untuk terus hidup dalam Jamaah. Buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam dari Dr. Fathi Yakan' pernah mengatakan bahawa seseorang itu tidak akan berjaya dalam dakwahnya jika dia tidak mahu hidup dalam kelompok Jamaah. Ya Allah, sungguh hatiku berasa sangat-sangat tenang pabila sentiasa mengingatimu. Engkau menghantar orang-orang yang baik kepadaku. Aku yakin, Engkau sentiasa disisiku untuk membantu aku. Selalu orang kata, jika kita ingin menjadi baik Allah akan menghantar orang yang baik-baik kepada kita. Sungguh Ya Allah, apa yang terkandung Al- Quran itu benar. Sesungguhnya firmanMu itu adalah benar. Terima kasih Ya Allah. Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu atas kurniaan yang Engkau berikan. Alahmadulillah.

NAA, 6.55 AM, 17/10/2015

HIDUP ISLAM | HIDUP BIAR BERJASA



Khamis, 15 Oktober 2015

9:53 PTG - No comments

Nikmat Tuhanmu Manakah Yang Kamu Dustakan


 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat ini adalah petikan dari surah ar-Rahman, yang mana ia diulang-ulang banyak sekali dalam surah tersebut, sehinggakan jika pembaca  mendengar bacaan dari Qari Arab Saudi iaitu Abdul Rahman As-Sudais dan Sa'ud Ash-Shureim sangat menyentuh jiwa kehambaan bagi pendengar dan ma'mum solatnya.

Mari kita lihat sebentar berkaitan ayat ini yang terkandung dalam Surah Ar-Rahmaan. Ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam Al-Qur'an. Mengapa ? Mengapa ayat ini diulang-ulang banyak kali dalam Surah Ar-Rahmaan ? Mari kita lihat Surah ke 31 (Surah Luqmaan) ayat 31. Mari kita buka Al-Quran dan lihat apakah yang terkandung dalam surah itu. 


Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

(Luqmaan : 31) 

Allah menggunakan perkataan dusta bukan ingkar kerana nikmat Allah tidak boleh diingkari tetapi boleh didustakan dan biasa dilakukan oleh manusia. Dusta ialah menyembunyikan kebenaran. 

Kadang-kadang apabila kita berjaya kita mengatakan bahawa itu semua hasil dari titik peluh kita tetapi kita lupa akan kehadiran Allah dalam kejayaan kita. Kita lupa peranan Allah dalam kejayaan kita. Tanpa kita sedar itulah Nikmat Allah yang telah kita dustakan. 

Manusia sebenarnya tahu bahawa mereka telah diberi nikmat oleh Allah tetapi mereka menyembunyikan kebenaran itu. Mereka mendustakan nikmat Allah. 

Adakah kita sedar selama ini ? Mari sama-sama kita muhasabah diri di hari jumat yang penuh keberkatan ini. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mendustakan nikmat Allah. Wallahu A'lam 

Isnin, 8 Jun 2015

1:24 PG - No comments

Kalau tak suka, pulangkan.

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
—————————————————————————-
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”
———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
———————————————————————————-
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”
—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.
Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Ahad, 7 Jun 2015

10:34 PTG - No comments

Assif

"..Kawan-kawan awak tak bagitau apa-apa ke pada awak ?.."
"..tak ustazah,,"
"..Tu maknanya kawan-kawan awak tak sayang pada awak ! Saya penatlah nak tunggu awak je.."
"..sebelum ni saya nak jumpa ustazah. Tapi ustazah terlibat dalam Teach Smart.."
"..Ehh. Pandai-pandai awak je. Dah ! semua itu alasan awak je. awak kalau taknak ambil SPM, cakap je. takpayah susah susah saya nak daftarkan nama awak.."
Buat pertama kalinya, aku dimarah di hadapan semua ustazah. Kata-katanya itu umpama pisau yang menghiris hatiku. Aku hanya memprotes dalam diam. Keadaan di bilik itu tetap riuh dengan senda gurau guru-guru di situ. Setiap kali aku melihat semua ustazahku, terasa ingin sahaja aku memeluk mereka semua. Mereka semua sudah ku anggap seperti ibu kandungku. Mulutnya masih lagi membebel. Dia melemparkan tempelak jatuh ke tunjang jantungku. Diriku terasa lemas pabila berdiri dihadapannya.
"..Amik ni, isi borang ni. Ishh awak ni. Pergi isi tempat lain sana. Saya tenga panas ni. Awak jangan tambah lagi kepanasan dalam hati saya.."
Aku terus ambil borang itu dan aku mengisinya dengan maklumat yang diingininya. Satu persatu aku membacanya. Bagiku, borang itu amat penting, Borang itu akan menjadi bukti bahawa aku telah didaftar sebagai calon SPM.
"..awak isi borang itu guna pen biru ?. Ya Allah. Awak ni kenapa ? Tak nampak ke kawan-kawan awak yang lain isi guna pen hitam. Ha, tulahh awak. Masa saya buat perjumpaan awak tak ada. Dahlah, awak keluar sana.."
Mataku tidak sengaja memandang bekas guru kelasku. Aku terpandang Ustazah Mardhiah sedang memerhatikan aku. Hatiku berasa sangat malu. Ingin sahaja aku pergi kepadanya dan memeluknya. Permata putih mula menitis di pipiku. Aku terus keluar dan meninggalkan bilik guru itu. Kata-katanya sebentar tadi berbekas terus di hatiku.
Sedang aku berjalan di susur gajah, aku terserempak dengan kawan setingkatanku. "..Ehh ain. Kenapa kau ni ? Kenapa kau nangis ?.."
"..Takde apalah. Mata masuk habuk je tadi.."
"..Jangan tipu aku. Aku tau kau nangis. Bagitau aku, kenapa ?.."
"..Takde apalah. Aku nak masuk kelas ni. Dah pukul 10:45 ni. Ustazah khairiyani mesti dah masuk kelas aku.."
"..Cepat bagitau kenapa kau nangis ? kalau tak, kau tak boleh masuk kelas.."
"..Ehh ain. Kenapa awak nangis. Ustazah minta maaf sebab ustazah tak sempat masuk kelas awak. Ustazah baru kene cerap tadi. Lecturer ustazah datang tadi.." Ujar Ustazah Khairiyani.
"..Takpe ustazah. Masa subjek ustazah pun tinggal lima minit je lagi.."
"..Ustazah pergi dulu ye. Eh dah, jangan nangis.."
Aisyah masih lagi mendesak aku untuk menceritakan apa sebabnya aku menangis. Aku menceritakan sahaja perkara sebenar kepadanya.
"..Kau diam-diam jelahh. Benda kecik je tu. Aku tak kisah la. Aku memang macam ni. Hati aku cepat tersentuh. Mudah menitiskan air mata.."
"..kau sabar je eahh. Aku tau kau kuat. Kau selalu nasihat aku. Aku pun dah masak dah dengan teacher Nadia. Biar jelahh. Dia sayang kau. Sebab tu dia marah. Kau tak bagitau kenapa kau tak ada masa perjumpaaan haritu ?.." tanya Aisyah.
"..dah bagitau da. Tapi dia kata, tu cuma alasan je. Takpelah..Aku tak kisah pun. Perkara dah jadi kan. Aku yakin selepas ini Allah akan bagi akau rasa nikmat bahagia. Aku masuk kelas dulu eahh. Byee.."
Aisyah membalas lambaian aku. Terasa kurang sedidikit bebanan di hati ini. Alhamdulillah. Dapat juga aku luahkan masalah aku pada seorang kenalanku di sekolah.
Keesokan harinya. Apabila aku memasuki dalam kelas, aku lihat sekeping kad diatas mejaku. Kad itu tertulis, "SELAMAT HARI ULANGTAHUN AIN. SAYA DO'AKAN AWAK BERJAYA DUNIA AKHIRAT. SAYA MOHON MAAF ATAS KEMARAHAN SAYA PADA AWAK SEMALAM. SAYA SAYANG AWAK". Hatiku terharu membaca kad tersebut.
Setiap bait yang tertulis dalam kad itu mengingatkan aku pada kejadian semalam. Hatku berbisik, teacher ke yang bagi aku kad itu ? Tak mungkinlah.
"..Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Ain Aqilah. Allah selamatkan kamu ! Ain ! selamat hari lahir. Aku doakan kau bahagia selalu. Kitorang semua sayang kau.."
Nyanyian kawan-kawanku itu mengejutkan aku.
Ya Allah, hati ini tidak mempu untuk meluahkan kata-kata. Gembira. Terharu. Sedih. Pelbagai perasaan menyelubungi diriku, Aku terus memeluk semua rakan sekelasku.
"..Terima kasih semua. Aku gembira sangat, Tak sangka. Hehe.."
"..Alaa, kau kan kawan kitorang, hari lahir kau takkan kitorang nak biarkan je ann..suprise ni pun bukan kitorang yang plan. Tapi..."
"..tapi apa farah ?.."
Semua rakan sekelasku mengalihkan pandangan mereka pada pintu masuk. Teacher Nadia memunculkan dirinya di hadapan pintu kelas. 
Aku terperanjat melihat setubuh manusia itu. Aku terpaku seketika.
"..teacher. Ada apa teacher ? Borang yang saya isi semalam ada yang salah ke ?.."
"..tak, teacher datang sebab..."
teacher nadia terus memeluk tubuhku, Hatiku mula rasa sayu,
"..kalau kau nak tau ain, teacher la yang plan suprise ni.."
"..Teacher nak minta maaf sebab marah awak semalam depan guru-guru yang lain. Teacher tak berniat pun nak marah awak. Tapi, taktaulah kenapa semalan teacher marah awak.."
Air mataku mula menitis di bahu teacher. Aku rasa sangat malu. Aku rasa sangat gembira. Terasa hari ini adalah hari yang paling bahagia. Terima Kasih Ya Allah atas pemberian ini.
"..Thank you teacher for this suprise. Love you so much teacher. Tak sangka teacher buat semua ni untuk saya. I'm so so sorry teacher. Saya tak mampu nak cakap apa.."
"..Dah dah, jangan nangis lagi. Jom kita potong kek. Hehe. Kek ni teacher buat khas untuk awak. Favorite awak kan. Kek coklat.."
"..Ain, jangan solo. Share share la. Hahahaha.."
Usikan Fatin itu semakin mengembirakan aku. Gelak tawa kawanku umpama memberi sinar dalam hidupku. Terima Kasih Kawan. Diri ini akan selalu menyayangi kalian. Keikhlasan Puncak Persahabatan Kekal.